Sunday, October 31, 2010

Hurmmm...bengang giler....nape boleh nangis lagi kerana dia..aku ingat aku dh cukup kuat lepaskan dia pergi..aku ingat aku dah mampu berdiri sendiri...kenapa hati nie rapuh sangat...


kenapa hati ini harus disakiti berkali-kali..siapa aku pada dia...??
kenapa dia tidak merasa sama seperti aku..atau aku yang terlalu mengharap pada dia..kenapa mesti aku diabaikan sampai begitu skali...ataupun aku harus sedar yang aku tidak penting lagi bagi dia..hurmmm...adakah aku harus......


PERGI MENINGGALKAN KENANGAN INDAH ITU...

Friday, October 29, 2010

Kamu hadir dalam hidup saya sebagai cahaya...
kamu sinari hidup saya dengan warna-warni senyum tawa
kamu memberi kekuatan dan kamu juga yang 
membangkitkan semangat
kamu memimpin disaat saya sasar dan kamu rangkul
disaat saya tewas

kamu yang memberi sejuta rasa
kamu yang memahami hati yang terluka
kamu yang mengesat air mata
dan kamu juga penawar duka...

terima kasih untuk semuanya...
saya tahu saya ada kamu disisi saya
menjalani segala suka dan duka
tanpa kamu hidup saya tidak bermakna....





tidak semua orang bertuah memiliki insan yang sanggup melalui segala detik bersama..namun aku masih percaya orang itu tetap wujud..andai kamu telah temuinya maka ia adalah anugerah yang berbaik buatmu...




hurmmm....relationship between boy and girl..?? so apa pendapat korang...pada aku tak salah persahabatan diantara lelaki ngan perempuan...asalkan kita tahu batas dan adab..aku juga tak lari dari mempunyai sahabat lelaki..bukan sorang tapi lebih...tapi walaubagaimana pun bagi aku sahabat perempuan lagi memahami dari lelaki..nama kan lagi kaum sejenis dan mungkin sebab itu juga kami lagi memahami perasaan wanita..cuma kadang kala ada sesetengah isu lebih elok dibahaskan bersama sahabat lelaki kerana mereka ternyata lebih 'cool' (katanye) dari sahabat wanita...

Persahabatan bertukar kepada kasih dan sayang...SALAH KER??..pada aku sayang itu lahir dari hati..tanpa dirancang dan tak dapat dihalang..ia terpulang kepada kita untuk meletak dimanakah rasa kasih dan sayang itu..pada aku hanya yang melalui mengetahui..itu ada la time2 yang sgt2 mengelirukan..hahahahha..terutama bagi aku..COMFIUSSS MAKKK!!!


Persahabatan bertukar kepada CINTA...bolehkah persahabatan ditukar ganti..ada orang kata dari persahabatan bermulanye cinta..tapi bagi aku cinta bermula dengan kasih sayang..hurmm...persahabatan terlalu bernilai untuk diperjudikan kepada cinta..kalo cinta berakhir adakah persahabatan juga akan tamat?..kalo tewas bercinta maka persahabatan juga akan kalah?..aku xsanggup untuk mengadaikan kedua-duanye..kerana ianya terlalu berharga...

Mungkinkah persahabatan diantara 'boy n girl' akan memasuki fasa baru atau terus kekal abadi...kita yang membuat pilihan..kita juga yang mencorak warna-warninya kehidupan..asalkan kita bahagia itu yang lebih bermakna kerana hidup ini untuk kita...maka kita raikannye....




Monday, October 25, 2010

Perlu ker yang lemah ditindas bagai tiada perasaan.? Patut ker yang sedang diamuk perasaan bermaharaja lela mentempiasnkan amukan amarah...? Kenapa yang kerdil perlu menjadi mangsa...? Begitu tidak adil ke dunia atau yang diam terlalu berlembut hati membiarkan semua yang terjadi sedangakan ianya sedikit pun tidak dipedulikan oleh orang yang disayangi...mengapa terlalu lupa dengan perasaan orang lain dan mementingkan kepuasan diri sendiri..bukankah kematangan mengajar kita mengutamakan orang lain dari mengikut kepuasan nafsu sendiri...

Salahkah aku berdiam diri andai itu dapat menjauhkan aku dari persengketaan..biarla aku membawa diri agar tiada yang sakit hati..walaupun diri terluka biarla aku saja yang mengubati kerana itu lebih baik dari mengharapkan simpati dan dibebani oleh rasa tidak puas hati..aku juga punya perasaan marah, sedih, kecewa dan terluka macam kalian, tapi mungkin saja kalian lupa kerana aku tidak pernah bersuara..buat apa menambah minyak pada api yang tengah marak menyala biarkan lah aku menjadi sekadar angin yang berlalu dari terus memusnahkan segala apa yang telah terbina sebelumnya..

Saturday, October 23, 2010

 
MADAH CINTA


Mungkin Tuhan menginginkan
kita bertemu dan bercinta dengan orang
yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan
kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.



Cinta
bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta
bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta
bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Sungguh menyakitkan
mencintai seseorang
yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang
dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya
.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala
kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur
berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati
tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana
CINTA
. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah
hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala
kamu
tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna
sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan kerana
cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana
cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan
cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada
percintaan. Kesetiaan akan mengikat
cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan
cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika
cinta terus bersama.

Cinta
sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa
kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih
suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim
berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.



cebisan kenangan dari Terarak Anna Abadi..antara madah kata yang menyentuh jiwaku satu ketika dulu..memang rindu rasanye utk melayari semula blog beliau..namun tuhan lebih menyayangi beliau..AL- Fatihah buat arwah ANNA..

Monday, October 18, 2010

Hurmm....pelik tapi benar..mmg menyampah bila terpandang situasi camni..apatah lg berada dalam keadaan camni...boleh plak yg jantan lebih lembut dan penakut dari perempuan..agaknye zaman dh merubah kot..lelaki skrg nie lebih manja berbanding wanita atau mereka nie mmg jenis pemalas lebih byk duduk dirumah dr beriadah di luar...so mmg xheran la lelaki masa kini lebih tangkas akan kerja2 di rumah berbanding wanita yg lebih berdikari dan xmau duduk diam terperuk di ceruk dapur..huhuhu...Macam yg terjadi pada aku satu hari nie..mlm tue aku duduk la mkm di gerai tepi jln bersama 2 lg kawan lelaki ku..sambil menunggu makanan di order teringat plak nak keluarkan duit kat ATM berdekatan..so ala2 manje ajak la salah sorg drpd mereka nie temankan aku..yela dah la malam kn..kang xpasal2 kena ragut la plak..yela duk kat bandar2 besar nie..mmg mcm2 jenayah boleh berlaku..tp belum aku angkat punggung lg kawan2 aku nie dh bergaduh dulu..mesti korang pelik pasal apa kn??..percaya tak diorg xmau temankn aku kerana katanya takut duk sorang2 kat gerai 2...MOTIFFFF????...aku yg mendangar naik menyampah..nak menyinga pun ada..yela mengada2 mengalahkn perempuan..last2 aku suruh mereka berdua duduk kat gerai makan 2 diam2....aku gak yg meredah malam 2 ke ATM sorang...adoiiyaaiii...camne nak wat kan kalo dah jantan jd betina ??..huhuhuhuhu...apapun mlm tue mmg aku xsangka rupanye dia begitu..so jgn salahkan aku kalo aku kata lelaki pn ada byk juga perkara yang x logik yang mereka takutkan sama cam PEREMPUAN..hehehehehe...

Sunday, October 17, 2010

NEW BORN..

BERMULA SEBUAH KISAH...

Hari ini aku akan menulis semula..segala impian dan rasa akan bertemu semula di ruangan impian kirana..telah lama aku meninggalkan alam penulisan dan kini aku cuba mengasah semula bakat yang telah lama terpendam..yeahh!!..aku akan kembali menulis semula..hurmmm..apa agaknye coretan pertamaku...???

;;