Sunday, November 21, 2010

Itulah Sayang...




"tanya sama hati pernahkah merindu..
ingat masa lena apa mimpimu
masa berjauhan apa yang dikenang
bila dipahamkan
 itulah sayang...."



Cinta sejati harus di kedua-dua belah pihak. itulah yang membuatnya begitu sukar diperolehi.

Anda mungkin mempunyai semua hal di dunia, tetapi tanpa cinta anda sebenarnya tiada apa-apa.

Perpisahan tanpa sebab adalah sesuatu yang paling menyakitkan. cinta tanpa sebab adalah sesuatu yang paling indah.

Jika seseorang itu tidak dapat menerima anda dalam keadaan anda yang terburuk maka mereka tidak layak mendapatkan anda dalam keadaan anda yang terbaik.

Saat paling pahit yang terpaksa ditelan adalah apabila kita duduk di sebelah insan yang bererti kepada kita dan mengetahui bahawa kita tidak bererti apa-apa kepadanya.

Kau tidak akan mampu mencintai sesiapa pun di dunia ini andai kau belum mampu menghargai dirimu sendiri.

Pintu tidak akan terbuka tanpa ada orang yang mengetuknya. begitulah pintu hati, kita perlu mengetuk dengan lembut untuk masuk menyentuh hatinya.

Jika aku ditakdirkan jatuh cinta, cintakanlah aku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaku.

"tanya sama hati apa asal sayang
adakah tandanya nampak dipandang
kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
punya tanda-tanda hubungan mesra" 

Tuesday, November 16, 2010

it's hurt...

Sangat penat mendiamkan diri...hati ini tidak cukup besar untuk menanggung seribu satu persoalan..persoalan yang tiada jawapan serta keputusan yang tidak terletak pada tangan sendiri...mungkin hanya kerana aku seorang perempuan maka segala persoalan itu harusku simpan rapi didada walaupan kadang kala ia begitu menyeksakan naluri hatiku yang menginginkan kepastian...



sampai bilakah diri harus berteka-teki serta mencari silang kata yang terlalu rumit utk ditafsirkan..haruskah seorang wanita itu lebih memahami?? walaupun kadangnya tewas dengan perasaan sendiri..bagaimana jika terkeliru dengan percaturan yang dibuat..atau sanggupkah menanggung risiko jika tersalah langkah...


mencintai tidak bermakna memiliki...tetapi teguhkah hati menidakkan apa yang dihajati..serta menipu apa yang dirasai..mungkin benar mulut boleh berbohong dalam berkata-kata..tetapi HATI tidak akan pernah mampu untuk berdusta..



hanya diri yang memahami apa yang dirasai..tidak perlu bersuara kerana yang tahu pasti boleh membaca apa yang tersirat..cuma kadang kala kebenaran diperlukan bagi memberikan kepastian...

Monday, November 8, 2010

Yeah..Melaka..!!

Melaka...sound bored kn?..last holiday aku gie melaka..so far byk juga benda yang dah berubah kat bandar melaka nie..melaka sekarang memang dah maju dan memang tak dapat dinafikan..byk benda yang menarik kat melaka sekarang yang kita boleh terokai...

Antara tarikan yang ada di malaka sekarang adalah seperti Menara Taming Sari, Melaka Duck Tour dan Melaka River Cruise. Setiap pengunjung yang pergi ke Melaka kini mmg xlengakap kalau tak mencuba tarikan utama di melaka skarang...


ini adalah Menara Taming sari













                                                  
                                                                                                  pandangan dari atas Menara

Menara Taming Sari nie boleh dinaiki dengan hanya bayaran RM10. Kita akan berada di dalam menara nie hanya selama 7 minit. Dalam tempoh masa itu pelawat boleh menikmati keindahan bandar hilir dan sekitarnya dari pandangan udara serta boleh melihat selat melaka yang berada berhampirannya..


Melaka River Cruise










 Ini pula adalah sewaktu menikmati Melaka River Cruise..memang best..pada sesape yang x penah gie venice termasuk la aku dapat berangan pun ok la kan...sebab river cruise nie pun ala-ala naik gondola la gak kn..hahahaha...tp aku rasa kalo time malam lg best kot sebab sepanjang menyusuri sungai melaka yg sepanjang 9 km nie nanti anda akan disajikan dengan kilauan lampu-lampu neon yang mengindahi sungai melaka ini..so uols lg romantik DeAmore la kn...huhuhuhu..perjalanan cruise nie mengambil masa lebih kurang 45 minit.


Melaka Duck Tour

 


 Melaka Duck Tour nie mengambil masa selama 45 minit. sepanjang 45 minit nie kita akan dibawa berjalan melawati lalui darat dan air. Duck Tour nie boleh berjalan di air dan darat...di darat ia akan melalui pulau melaka dan kawasan arab steet dan kemudian akan ke kawasan berair dan memasuki selat melaka. Pengunjung boleh menikmati tour diatas laut ini serta menikmati keindahan negeri melaka dari pandangan laut nya pula..




Saturday, November 6, 2010

Coklat...so sweet....

orang kata coklat tue manis...

kalau aku kata ye..coklat mampu buat saya tersenyum...
coklat dapat memberikan perasaan gembira pada seseorang...dapat menenangkan jiwa serta dapat memberi rasa...cuma aku tak pasti dapatkah coklat memberikan kemaafan dan mengeratkan hubungan...
mungkinkah coklat membangkitkan kasih sayang..entahlah..ia masih menjadi satu mesteri...



coklat buat aku....

Cuti-cuti Cinta...

Tajuk yang amat menarik perhatian orang bujang cam aku nie..huhuhu..mmga cam gedik jer bunyinyekan..huhuhu...baru2 nie aku sempat menonton filem baru arahan Ahmad Idham..iaitu cuti-cuti cinta..mmg citer ini sebuah filem ringan tp ia tetap menghiburkan...aku bukan nak citer pasal filem nie sgt cuma aku tertarik ngan sesetengah isu yang diutarakan dalam filem nie..

Antara isu yang menjadi perhatian aku dalam filem nie  :

  1. Bersabar tidak bererti dia kalah atau bodoh..kadangkala kita perlu bertindak mengikut waktu dan keadaan..hurmmm..."mengapa kita masih mahu mencuba sesuatu yang kita tahu kita tidak akan mampu dapat"..
  2. Orang yang pada luarannya lemah tetapi tetap mempunyai kekuatan dalaman yang sama seperti orang lain..mungkin ada sebab mengada dia menjadi begitu namun walaubagaimanapun dia tetap menginginkan sebuah kehidupan yang normal..
  3. Tidak bererti menolok itu bermaksud tidak suka dan membantah bermakna derhaka..kadangkala kita perlu membuat pilihan dan tegas dalam pendirian untuk mencari dan mencapai cita-cita serta kebahagiaan kita...
  4. Seteruk mana pun manusia dia pasti akan berubah..kita hanya perlu berikan dia ruang agar dia dapat berubah dan bukan mudah untuk merubah sesuatu yang telah menjadi kelazimannya..


*CINTA YANG DICARI AKAN PERGI..CINTA YANG SEJATI AKAN KEKAL ABADI...*

Monday, November 1, 2010

Betul apa yang dia kata...life is to short....jadi buat apa utk bersedih..kecewa..dan putus asa...biarkan saja semua berlalu dan hidup mesti diteruskan..hidup ini terlalu pendek utk terus merana bukankah lebih baik hidup dengan gembira..redha dengan semua yang terjadi dan hadapi la hidup ini dengan senyuman...


Namun kenapa walau berapa ramai sekali orang yang berada disekeliling kita...rasa sendirian dan sepi tetap wujud..? ke manakah hilangnya kegembiraan dan keceriaan dalam hidup kita...?

Atau setiap manusia itu perlukan matlamat agar dapat hidup bahagia...hurmmm..aku rasa iye..setiap org perlu merasa indahnya impian dan cita-cita agar dapat memperolehi apa yang dihajati..bukankah itu adalah kebahagiaan yang dicari...maka lalui lah setiap detik dengan indah serta hargailah apa yang berlaku kini agar tiada kesalan pada hari esok....Let's ENJOY..!!...YEAHHH...

soooo...cute....!!

hurmmm....ahad 1 Nov 2010...
going for movie with someboby...tgk la citer "life as u know it"...wahh...xsangka plak citer tue best..hahahha...xde la romantik sgt pun..tp best lar...nak tau kenapa best..hehehhehe..kena la tgk sendiri....


 citer dia menghiburkan...n yang penting ada budak comel dalam citer tue yang membuatkan aku suke tgk citer tue dan  x sabar2 nak tgk citer tue sampai abis....



percaya atau tidak masa muka anak mat salleh nie muncul jer kat screen aku leh sebut nama QASEH..hahahaha..tah la tetiba jer rindu kat budak tue...hurmmmm....rindu sangat ngan dia...n mungkin sebab movie nie gak mlm tadi aku terus termimpikan budak tue...warrgghhhh....xleh jd camne nie...nape erkk??...pelik tapi benar...cam nak gie jer pantai timur time2 nie gak sbb nak cium budak chomel nie...huhuhuu....qaseh aunty rindu kat QASEH ERYNA SAFFIYA


;;