Wednesday, December 29, 2010

SKUAD HARIMAU MALAYA....U GO BEB!!

Tahniah buat skuad muda malaysia yang telah berjaya menjadi juara dalam PIALA SUZUKI 2010..setelah 14 tahun kejuaraan nie dianjuran akhirnya malaysia berjaya juga membawa pulangan kejuaraan kepada tanah air.
kejayaan malaysia ke perlawanan akhir memang tidak di sangka..kini penyokong malaysia mula menaruh minat semula kepada skuad bola kebangsaan yang mana mutu permainan mereka mula diperkatakan dan diterima..namun skuad muda nie harus memantapkan lagi corak permainan mereka agar terus meraih hati menyokong2 dan peminat2 bola sepak negara...kejayaan RAJA GOPAL membentuk skuad muda utk beraksi dipentas kebangsaan memang mengagumkan dan ternyata pemain2 muda nie mempertaruhkan permainan yang mantap walaupun kekurangan dari segi pengalaman..

skuad harimau malaya 
Piala Suzuki 2010
 
 
penjaga gol yang beraksi hebat menjaga gawang negara sememangnye layak mendapat gelaran pemain terbaik..

kredit to abg hensem..KHAIRUL FAHMI CHE MAT

Monday, December 27, 2010

End of the Year...!!
2010...yeahh..akhirnye tahun nie berlalu dh...hahahaha...sesuatu yang seronok utk dikenang dan dibuang dalam hidup nie...terdapat pelbagai kejadian dan pengalaman yang telah dilalui sepanjang tahun nie..pada aku tahun 2010 terlalu byk perkara yang mengelirukan berlaku..terlalu singkat utk difahami dan dimengertikan..namun aku senang kerana tahun nie aku telah melalui hari2 aku seperti yang aku mahu...

berada di tepi sungai melaka pada jam 3 pagi adalah sesuatu yang indah dan x dapat aku luahkan perasaan dan ketenangannyer...tak dijangka waktu org lain sedang nyenyak tidur aku menikmati suasana damai disitu bersama angin malam yang begitu dingin...segala keresahan hati dan gelora yang menyesakkan dada sewaktu tue telah aku lepaskan disana..kalo boleh aku menjerit mmg terasa benar aku ingin laungkan agar segala yang terbuku dihati dapat dilepaskan namun keheningan malam membataskan aku...tapi xpe segalanye telah aku hanyutkan bersama air sungai yang tenang mengalir tue...

dalam hidup ini aku sedar tidak semua org suka dan dapat menerima kita seadanya..kadang kala manusia terlalu hipokrit hingga kita tidak dapat mengenali mana satu kawan mahupun lawan..bukan semua org mampu bersikap jujur dan tidak semua org juga boleh menerima pandangan dan kritikan org lain..jadi bagaimana hidup ini mesti dilalui?

walaubagaimanapun hidup masih perlu diteruskan sama ada org suke atau tidak..yang pahit tue kadang kala ada lah ubat utk kita menjadi yang terbaik bagi hari esok..pengalaman hari ini menjadikan kita lebih matang utk hari esok dan setiap hari adalah pengalaman dan pembelajaran...


HADAPI DENGAN SENYUMAN...

Thursday, December 23, 2010

It's that Me Or Really Not Me....!

sape sangka budak yang dulu seorang yang sgt egois..degil..keras kepala..perangai cam jantan boleh bertukar jadi seorang yang lembut hati..penyabar..dan girang...huhuhuhu..semuanya tak mustahil kannn...

sape nak pandang ngan tomboy kn..ala budak ala-ala jantan 2..tue belum lg dikira ngan perangai2 dia yg xsemengah seperti degil..melawan..bahasa jgn cakap larr..mmg kasar abis..gaya?? mmg hancuss laaa...dengan jalan bersepah dan fesyen ala-ala kadar sape nak pedulikan dia wujud ker tak...huhuhuhu...mmg x dinafikan la time2 nie dulu ramai gak manusia2 yang sakit hati bukan sebab apa..kerana terlalu jujur dan sound direct agaknye ramai yang panas tinge bile kena sound tepekk kannn...huhuhuhu..walauapepun idup camnie simple..hati pun puas..wat apa fikir kan pasal hati n perasaan orang lain..ada kena mengena ker??..so orang lain lantak hang larr kata org utara...tapi tue larr...sikap egois nie mmg kdg2 makan diri sendiri n boleh buat orang benci...so camne nk berubah...????

perubahan yang mengambil masa dan bukan mudah...tetapi manusia perlu gak berubah uolsss...so bertukar la..dr sorang tomboy kepada just a lady..hahahha..xdela ratu sgt kn..nak gojes lebih2 pn mmg x reti mak nyahh...hehehhe..fesyen pun bertukar kepada lebih feminin skit jer la..yela budak br belajar la kata nyer..hihihi..nak jd lady like nie pn bukan senang..penuh ngan permainan emosi gak..yela boleh ker ko sabar jer bila kena buli n maki..konon xnak melawan sbb yela awk kn ppuan...poyorr kn..paling2 pun yang leh buat nangis jer..bila kena fitnah n kutuk x bertempat..semuanya harus di simpan jauh ke dalam sudut hati...cehh..cam kejam ker kn..abis nak wat camne control ayu punya pasal..telan jerrr la jah..!!

kadang kala aku terpikar gak nape kita nie ssh utk jd diri kita sendiri...kenapa bila baik di buli dan jahat di benci..ssh kan..sbb tue aku comfiuss bagaimana untuk menjadi DALAM LEMBUT ADA TEGASNYE DAN DALAM KASAR ADA COMELNYE...hehehehe...

Wednesday, December 22, 2010

Video yg BODOH...

benci plak aku bile tau pasal video pengakuan gay tua yang dengan konfiden mengaku diri dia gay tanpa rasa hina, segan n malu...adoii...xpaham la aku..ada ker gay yg hidup dia suci n mulia erkkk...giler la...tah la aku pn xsure ada ker gay yg hanya naluri dia jer gay tp xpenah men ngan jantan..ala-ala virgin githuuu...boleh blah larr kn..!!

bukan nak hina tp rasa menyampah la plak kn..yelah mana taknye..gay kaum lain x cibuk2x la nak wat video pengakuan bagai yg kaum aku nie..tanpa segan silu buat pengakuan..kalo dh xmalu sgt nape x berjalan bogel jer..untung2x dapat anak2 ikan dtg menyantap...bengong larrr....



mmg semua org x sempurna..tp xperlu la wat benda2 yg boleh mendorong utk merosakkan akidah org lain plak..hurmm..x dinafikan ada di kalangan mereka nie berjaya dan berpelajaran tinggi tp xleh gak nak pikir kn...mmg manusia tue xsempurna..macam kafir sejaya mana pn dia..blk umah ttp puja patung kn..huhuhuhu...sensitip nie...hahahahaha....pape la..

Friday, December 17, 2010

HANYA DIA....

Hanya dia..yang tahu segalanya..hanya dia yang dapat pulihkan segala resah ini..hanya dia yang boleh mengubat hati..hanya dia yang dapat menguatkan semangat...hanya dia yang tahu apa yang aku rasa..dia membawa 1001 cerita dalam hidup aku..dia insan yang aku xpenah bosan..terima kasih atas segala kasih sayang dia..

Aku Benci...

Bosan dan sendiri aku benci....
Haruskan aku berlari ke....

HUTAN

atau belok ke..

PANTAI...
 


entah kenapa hati ini terasa begitu sepi..sepi..dan sepi...aku bisa tersenyum dan bercanda bersama teman-teman..tapi aku tipu kerana senyum itu palsu..aku bisa menari dan berkumpul di dalam keramaian...tapi aku tipu kerana aku masih terasa menyendiri..

benci dengan semua ini..kalo aku boleh pergi..kemana pula akan aku ayun langkah kaki ini..kalo aku boleh membawa diri kemana arah akan aku tuju...hadapi kenyataan atau terus melarikan diri...

Monday, December 13, 2010

Cinta datang dari tuhan
Yang tak mungkin ku hindarkan
Karna aku manusia
Yang pastinya butuh cinta
Kepada mu aku terus terang
Bahawa aku memang masih sayang
Demi kamu aku relakan perpisahan
Hanya kamu yang aku sayang
Bersama mu jiwaku melayang
Demi kamu aku relakan perpisahan



*Wanita Itu Diciptakan Dari Tulang Rusuk Lelaki. Bukan Dari Kepala Untuk Menjadi Penguasa Dan Juga Bukan Dari Kaki Untuk Dipijak,Tetapi Dari Tulang Rusuk Yang Dekat Dengan Tangan Untuk Dilindungi Serta Dekat Di Hati Untuk Dicintai*


Ia hilang....

satu rasa yang pernah buat aku bahagia..satu saat yang pernah buat aku gembira..satu ketika yang pernah buat aku tersenyum ria dan satu waktu yang pernah buat aku menangis kerana dia...


aku masih rasa genggaman tangannya...masih terasa erat sentuhannya..terasa dia benar-benar menyayangiku...walaupun rasa itu tidak pernah diungkap dengan kata-kata namun kesannya terus menjalar ke dalam hati...mungkin benar cinta kadang-kala tidak perlu diucap cuma dirasai dalam hati...
tapi sayang..ianya telah pergi...sebelum aku puas menikmati saatnya..kini tiada lagi tawa ria, tiada lagi suke bahagia..tiada lagi senyuman bermakna...yang tinggal hanya sepi dan sendiri..kosong tak berpenghuni..sunyi dan dingin...

Tuesday, December 7, 2010

KENAPA HARUS BENCI...

PERTAMA KALI  AKU MEMBACA SEBUAH NOVEL YANG MEMBANGKITKAN RASA BENCI DALAM DIRI..KENAPA PERLU MELAHIRKAN SATU WATAK YANG MELETAKAN SEGALA UNSUR NEGATIF DAN KEZALIMAN DALAM 1 ORANG. ADAKAH MANUSIA PERLU DILAYAN DENGAN SEBEGITU SEKALI SAMPAI TIADA SEDIKIT PUN UNSUR POSITIF YANG DAPAT DINYATAKAN...ADAKAH KEBENARAN TERLALU ZALIM...??

ATAU WATAK ITU SENDIRI YANG TELAH DIPERBODOHKAN..AKU XPENAH MENULIS TENTANG KEBENCIAN..KERANA KITA TIDAK PERLU MEMPERBESARKAN SOAL KEBENCIAN KALA KASIH SAYANG BOLEH MELEGAKAN HATI SERTA MEMBERI SEMANGAT BARU..SEDANGKAN KEBENCIAN HANYA AKAN MEMBAWA KITA KEPADA BANYAK MASALAH DAN KETIDAK PUASAAN HATI..TIDAK PERNAH ADA KEBENCIAN YANG AKAN MENANG...JADI KENAPA HARUS MEMBENCI

SETIAP YANG TERJADI PASTI ADA SEBAB DAN NIKMATNYA..SEGALANYA TIDAK MUNGKIN BERLAKU TANPA NILAI YANG BERGUNA KEPADA KITA ATAU MASYARAKAT. AKU PERCAYA SEGALA YANG BERLAKU ADALAH ATAS TANGAN KITA SENDIRI..KITA YANG HARUS MEMBUAT PILIHAN UNTUK BAHAGIA ATAU TERUS TERANIAYA....

BENAR DUNIA TIDAK PERNAH MEMJANJIKAN KITA APA-APA..CUMA KADANG KALA KITA YANG LEKA DENGAN PERMAINAN DUNIA..AKU PERNAH NAMPAK ORANG YANG MENDAPAT APA SAHAJA YANG DIA HAJATI..NAMUN DIA MASIH TIDAK PERNAH MERASA DIRI DIA BAHAGIA SEDANGKAN PULUHAN LAGI INSAN MAHU MENJADI SEPERTINYA..

CINTA JUGA HANYA INDAH PADA LUARAN SEHINGGA RAMAI MENCARINYA..TAPI HAKIKATNYA CINTA SAKIT DI DALAM..HANYA YANG MENGALAMI MENGETAHUINYA..AKU PERNAH BERKATA SAYANG ADALAH ANUGERAH TAPI XSEMUA ORANG DAPAT MERASANYA..YANG ADA JUGA BELUM TENTU MAMPU MENGHARGAINYA... 

SETIAP HARI ADALAH HARI YANG BARU BAGI KITA. LAKUKANLAH YANG TERBAIK BUAT DIRI KITA PADA MASA KINI DAN AKAN DATANG. SEMUA ORANG TIDAK AKAN LEPAS DARI MELAKUKAN KESALAHAN DAN AKU SEDAR SETIAP INSAN ITU PASTI ADA DOSA DAN TITIK HITAM DALAM HIDUPNYA..NAMUN JANGAN JADIKAN ITU SEBAGAI HALANGAN UNTUK KITA MENCAPAI BAHAGIA..

PERCAYALAH PADA HATI KERANA HATI TIDAK AKAN PERNAH MENIPU. MEMAAFKAN DAN MENERIMA (REDHA) ADALAH KETENANGAN..WALAUPUN BERAT NAMUN IA ADALAH NIKMAT YANG TERBESAR..PERJALANAN SELAGI KITA MASIH HIDUP TERLALU PANJANG DAN JANGANLAH KITA SUSURINYA BERSEORANGAN SEDANGKAN MATI JUGA KITA MASIH MENGHARAPKAN DOA ANAK-ANAK YANG SOLEH. JADI LALUILAH HARI-HARI YANG INDAH BERSAMA ORANG-ORANG YANG KITA SAYANG DAN PERCAYALAH KASIH SAYANG DAN BAHAGIA ITU AKAN MENJADI MILIK KITA.










Friday, December 3, 2010




sayang tidak akan wujud ngan sendiri tanpa sebab dan alasan...tetapi cinta mungkin hinggap dengan sendiri tanpa perlu di paksa....

antara kau dan aku kita sama saling tahu..aku mengerti kau juga merasa sesuatu..cuma kadang kala kita tidak akan dapat untuk memiliki semuanya..antara cinta dan sayang ada kalanya kita terkeliru ngan penilaian...maksud yang hampir sama tetapi membawa erti yang cukup berbeza....
 
sayang lahir tanpa aku sempat menghalang..sekali aku merasa..berkali-kali aku kecewa..sayang terlalu sukar dimengertikan ia tidak memaksa cuma akan terus subur jika dijaga...senyum dibibir bukan petanda hati gembira...luka dihati biar aku rawat sendiri...

Sunday, November 21, 2010

Itulah Sayang...




"tanya sama hati pernahkah merindu..
ingat masa lena apa mimpimu
masa berjauhan apa yang dikenang
bila dipahamkan
 itulah sayang...."



Cinta sejati harus di kedua-dua belah pihak. itulah yang membuatnya begitu sukar diperolehi.

Anda mungkin mempunyai semua hal di dunia, tetapi tanpa cinta anda sebenarnya tiada apa-apa.

Perpisahan tanpa sebab adalah sesuatu yang paling menyakitkan. cinta tanpa sebab adalah sesuatu yang paling indah.

Jika seseorang itu tidak dapat menerima anda dalam keadaan anda yang terburuk maka mereka tidak layak mendapatkan anda dalam keadaan anda yang terbaik.

Saat paling pahit yang terpaksa ditelan adalah apabila kita duduk di sebelah insan yang bererti kepada kita dan mengetahui bahawa kita tidak bererti apa-apa kepadanya.

Kau tidak akan mampu mencintai sesiapa pun di dunia ini andai kau belum mampu menghargai dirimu sendiri.

Pintu tidak akan terbuka tanpa ada orang yang mengetuknya. begitulah pintu hati, kita perlu mengetuk dengan lembut untuk masuk menyentuh hatinya.

Jika aku ditakdirkan jatuh cinta, cintakanlah aku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaku.

"tanya sama hati apa asal sayang
adakah tandanya nampak dipandang
kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
punya tanda-tanda hubungan mesra" 

Tuesday, November 16, 2010

it's hurt...

Sangat penat mendiamkan diri...hati ini tidak cukup besar untuk menanggung seribu satu persoalan..persoalan yang tiada jawapan serta keputusan yang tidak terletak pada tangan sendiri...mungkin hanya kerana aku seorang perempuan maka segala persoalan itu harusku simpan rapi didada walaupan kadang kala ia begitu menyeksakan naluri hatiku yang menginginkan kepastian...



sampai bilakah diri harus berteka-teki serta mencari silang kata yang terlalu rumit utk ditafsirkan..haruskah seorang wanita itu lebih memahami?? walaupun kadangnya tewas dengan perasaan sendiri..bagaimana jika terkeliru dengan percaturan yang dibuat..atau sanggupkah menanggung risiko jika tersalah langkah...


mencintai tidak bermakna memiliki...tetapi teguhkah hati menidakkan apa yang dihajati..serta menipu apa yang dirasai..mungkin benar mulut boleh berbohong dalam berkata-kata..tetapi HATI tidak akan pernah mampu untuk berdusta..



hanya diri yang memahami apa yang dirasai..tidak perlu bersuara kerana yang tahu pasti boleh membaca apa yang tersirat..cuma kadang kala kebenaran diperlukan bagi memberikan kepastian...

Monday, November 8, 2010

Yeah..Melaka..!!

Melaka...sound bored kn?..last holiday aku gie melaka..so far byk juga benda yang dah berubah kat bandar melaka nie..melaka sekarang memang dah maju dan memang tak dapat dinafikan..byk benda yang menarik kat melaka sekarang yang kita boleh terokai...

Antara tarikan yang ada di malaka sekarang adalah seperti Menara Taming Sari, Melaka Duck Tour dan Melaka River Cruise. Setiap pengunjung yang pergi ke Melaka kini mmg xlengakap kalau tak mencuba tarikan utama di melaka skarang...


ini adalah Menara Taming sari













                                                  
                                                                                                  pandangan dari atas Menara

Menara Taming Sari nie boleh dinaiki dengan hanya bayaran RM10. Kita akan berada di dalam menara nie hanya selama 7 minit. Dalam tempoh masa itu pelawat boleh menikmati keindahan bandar hilir dan sekitarnya dari pandangan udara serta boleh melihat selat melaka yang berada berhampirannya..


Melaka River Cruise










 Ini pula adalah sewaktu menikmati Melaka River Cruise..memang best..pada sesape yang x penah gie venice termasuk la aku dapat berangan pun ok la kan...sebab river cruise nie pun ala-ala naik gondola la gak kn..hahahaha...tp aku rasa kalo time malam lg best kot sebab sepanjang menyusuri sungai melaka yg sepanjang 9 km nie nanti anda akan disajikan dengan kilauan lampu-lampu neon yang mengindahi sungai melaka ini..so uols lg romantik DeAmore la kn...huhuhuhu..perjalanan cruise nie mengambil masa lebih kurang 45 minit.


Melaka Duck Tour

 


 Melaka Duck Tour nie mengambil masa selama 45 minit. sepanjang 45 minit nie kita akan dibawa berjalan melawati lalui darat dan air. Duck Tour nie boleh berjalan di air dan darat...di darat ia akan melalui pulau melaka dan kawasan arab steet dan kemudian akan ke kawasan berair dan memasuki selat melaka. Pengunjung boleh menikmati tour diatas laut ini serta menikmati keindahan negeri melaka dari pandangan laut nya pula..




Saturday, November 6, 2010

Coklat...so sweet....

orang kata coklat tue manis...

kalau aku kata ye..coklat mampu buat saya tersenyum...
coklat dapat memberikan perasaan gembira pada seseorang...dapat menenangkan jiwa serta dapat memberi rasa...cuma aku tak pasti dapatkah coklat memberikan kemaafan dan mengeratkan hubungan...
mungkinkah coklat membangkitkan kasih sayang..entahlah..ia masih menjadi satu mesteri...



coklat buat aku....

Cuti-cuti Cinta...

Tajuk yang amat menarik perhatian orang bujang cam aku nie..huhuhu..mmga cam gedik jer bunyinyekan..huhuhu...baru2 nie aku sempat menonton filem baru arahan Ahmad Idham..iaitu cuti-cuti cinta..mmg citer ini sebuah filem ringan tp ia tetap menghiburkan...aku bukan nak citer pasal filem nie sgt cuma aku tertarik ngan sesetengah isu yang diutarakan dalam filem nie..

Antara isu yang menjadi perhatian aku dalam filem nie  :

  1. Bersabar tidak bererti dia kalah atau bodoh..kadangkala kita perlu bertindak mengikut waktu dan keadaan..hurmmm..."mengapa kita masih mahu mencuba sesuatu yang kita tahu kita tidak akan mampu dapat"..
  2. Orang yang pada luarannya lemah tetapi tetap mempunyai kekuatan dalaman yang sama seperti orang lain..mungkin ada sebab mengada dia menjadi begitu namun walaubagaimanapun dia tetap menginginkan sebuah kehidupan yang normal..
  3. Tidak bererti menolok itu bermaksud tidak suka dan membantah bermakna derhaka..kadangkala kita perlu membuat pilihan dan tegas dalam pendirian untuk mencari dan mencapai cita-cita serta kebahagiaan kita...
  4. Seteruk mana pun manusia dia pasti akan berubah..kita hanya perlu berikan dia ruang agar dia dapat berubah dan bukan mudah untuk merubah sesuatu yang telah menjadi kelazimannya..


*CINTA YANG DICARI AKAN PERGI..CINTA YANG SEJATI AKAN KEKAL ABADI...*

Monday, November 1, 2010

Betul apa yang dia kata...life is to short....jadi buat apa utk bersedih..kecewa..dan putus asa...biarkan saja semua berlalu dan hidup mesti diteruskan..hidup ini terlalu pendek utk terus merana bukankah lebih baik hidup dengan gembira..redha dengan semua yang terjadi dan hadapi la hidup ini dengan senyuman...


Namun kenapa walau berapa ramai sekali orang yang berada disekeliling kita...rasa sendirian dan sepi tetap wujud..? ke manakah hilangnya kegembiraan dan keceriaan dalam hidup kita...?

Atau setiap manusia itu perlukan matlamat agar dapat hidup bahagia...hurmmm..aku rasa iye..setiap org perlu merasa indahnya impian dan cita-cita agar dapat memperolehi apa yang dihajati..bukankah itu adalah kebahagiaan yang dicari...maka lalui lah setiap detik dengan indah serta hargailah apa yang berlaku kini agar tiada kesalan pada hari esok....Let's ENJOY..!!...YEAHHH...

soooo...cute....!!

hurmmm....ahad 1 Nov 2010...
going for movie with someboby...tgk la citer "life as u know it"...wahh...xsangka plak citer tue best..hahahha...xde la romantik sgt pun..tp best lar...nak tau kenapa best..hehehhehe..kena la tgk sendiri....


 citer dia menghiburkan...n yang penting ada budak comel dalam citer tue yang membuatkan aku suke tgk citer tue dan  x sabar2 nak tgk citer tue sampai abis....



percaya atau tidak masa muka anak mat salleh nie muncul jer kat screen aku leh sebut nama QASEH..hahahaha..tah la tetiba jer rindu kat budak tue...hurmmmm....rindu sangat ngan dia...n mungkin sebab movie nie gak mlm tadi aku terus termimpikan budak tue...warrgghhhh....xleh jd camne nie...nape erkk??...pelik tapi benar...cam nak gie jer pantai timur time2 nie gak sbb nak cium budak chomel nie...huhuhuu....qaseh aunty rindu kat QASEH ERYNA SAFFIYA


Sunday, October 31, 2010

Hurmmm...bengang giler....nape boleh nangis lagi kerana dia..aku ingat aku dh cukup kuat lepaskan dia pergi..aku ingat aku dah mampu berdiri sendiri...kenapa hati nie rapuh sangat...


kenapa hati ini harus disakiti berkali-kali..siapa aku pada dia...??
kenapa dia tidak merasa sama seperti aku..atau aku yang terlalu mengharap pada dia..kenapa mesti aku diabaikan sampai begitu skali...ataupun aku harus sedar yang aku tidak penting lagi bagi dia..hurmmm...adakah aku harus......


PERGI MENINGGALKAN KENANGAN INDAH ITU...

Friday, October 29, 2010

Kamu hadir dalam hidup saya sebagai cahaya...
kamu sinari hidup saya dengan warna-warni senyum tawa
kamu memberi kekuatan dan kamu juga yang 
membangkitkan semangat
kamu memimpin disaat saya sasar dan kamu rangkul
disaat saya tewas

kamu yang memberi sejuta rasa
kamu yang memahami hati yang terluka
kamu yang mengesat air mata
dan kamu juga penawar duka...

terima kasih untuk semuanya...
saya tahu saya ada kamu disisi saya
menjalani segala suka dan duka
tanpa kamu hidup saya tidak bermakna....





tidak semua orang bertuah memiliki insan yang sanggup melalui segala detik bersama..namun aku masih percaya orang itu tetap wujud..andai kamu telah temuinya maka ia adalah anugerah yang berbaik buatmu...




hurmmm....relationship between boy and girl..?? so apa pendapat korang...pada aku tak salah persahabatan diantara lelaki ngan perempuan...asalkan kita tahu batas dan adab..aku juga tak lari dari mempunyai sahabat lelaki..bukan sorang tapi lebih...tapi walaubagaimana pun bagi aku sahabat perempuan lagi memahami dari lelaki..nama kan lagi kaum sejenis dan mungkin sebab itu juga kami lagi memahami perasaan wanita..cuma kadang kala ada sesetengah isu lebih elok dibahaskan bersama sahabat lelaki kerana mereka ternyata lebih 'cool' (katanye) dari sahabat wanita...

Persahabatan bertukar kepada kasih dan sayang...SALAH KER??..pada aku sayang itu lahir dari hati..tanpa dirancang dan tak dapat dihalang..ia terpulang kepada kita untuk meletak dimanakah rasa kasih dan sayang itu..pada aku hanya yang melalui mengetahui..itu ada la time2 yang sgt2 mengelirukan..hahahahha..terutama bagi aku..COMFIUSSS MAKKK!!!


Persahabatan bertukar kepada CINTA...bolehkah persahabatan ditukar ganti..ada orang kata dari persahabatan bermulanye cinta..tapi bagi aku cinta bermula dengan kasih sayang..hurmm...persahabatan terlalu bernilai untuk diperjudikan kepada cinta..kalo cinta berakhir adakah persahabatan juga akan tamat?..kalo tewas bercinta maka persahabatan juga akan kalah?..aku xsanggup untuk mengadaikan kedua-duanye..kerana ianya terlalu berharga...

Mungkinkah persahabatan diantara 'boy n girl' akan memasuki fasa baru atau terus kekal abadi...kita yang membuat pilihan..kita juga yang mencorak warna-warninya kehidupan..asalkan kita bahagia itu yang lebih bermakna kerana hidup ini untuk kita...maka kita raikannye....




Monday, October 25, 2010

Perlu ker yang lemah ditindas bagai tiada perasaan.? Patut ker yang sedang diamuk perasaan bermaharaja lela mentempiasnkan amukan amarah...? Kenapa yang kerdil perlu menjadi mangsa...? Begitu tidak adil ke dunia atau yang diam terlalu berlembut hati membiarkan semua yang terjadi sedangakan ianya sedikit pun tidak dipedulikan oleh orang yang disayangi...mengapa terlalu lupa dengan perasaan orang lain dan mementingkan kepuasan diri sendiri..bukankah kematangan mengajar kita mengutamakan orang lain dari mengikut kepuasan nafsu sendiri...

Salahkah aku berdiam diri andai itu dapat menjauhkan aku dari persengketaan..biarla aku membawa diri agar tiada yang sakit hati..walaupun diri terluka biarla aku saja yang mengubati kerana itu lebih baik dari mengharapkan simpati dan dibebani oleh rasa tidak puas hati..aku juga punya perasaan marah, sedih, kecewa dan terluka macam kalian, tapi mungkin saja kalian lupa kerana aku tidak pernah bersuara..buat apa menambah minyak pada api yang tengah marak menyala biarkan lah aku menjadi sekadar angin yang berlalu dari terus memusnahkan segala apa yang telah terbina sebelumnya..

Saturday, October 23, 2010

 
MADAH CINTA


Mungkin Tuhan menginginkan
kita bertemu dan bercinta dengan orang
yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan
kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.



Cinta
bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta
bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta
bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Sungguh menyakitkan
mencintai seseorang
yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang
dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya
.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala
kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur
berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati
tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana
CINTA
. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah
hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala
kamu
tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna
sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan kerana
cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana
cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan
cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada
percintaan. Kesetiaan akan mengikat
cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan
cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika
cinta terus bersama.

Cinta
sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa
kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih
suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim
berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.



cebisan kenangan dari Terarak Anna Abadi..antara madah kata yang menyentuh jiwaku satu ketika dulu..memang rindu rasanye utk melayari semula blog beliau..namun tuhan lebih menyayangi beliau..AL- Fatihah buat arwah ANNA..

Monday, October 18, 2010

Hurmm....pelik tapi benar..mmg menyampah bila terpandang situasi camni..apatah lg berada dalam keadaan camni...boleh plak yg jantan lebih lembut dan penakut dari perempuan..agaknye zaman dh merubah kot..lelaki skrg nie lebih manja berbanding wanita atau mereka nie mmg jenis pemalas lebih byk duduk dirumah dr beriadah di luar...so mmg xheran la lelaki masa kini lebih tangkas akan kerja2 di rumah berbanding wanita yg lebih berdikari dan xmau duduk diam terperuk di ceruk dapur..huhuhu...Macam yg terjadi pada aku satu hari nie..mlm tue aku duduk la mkm di gerai tepi jln bersama 2 lg kawan lelaki ku..sambil menunggu makanan di order teringat plak nak keluarkan duit kat ATM berdekatan..so ala2 manje ajak la salah sorg drpd mereka nie temankan aku..yela dah la malam kn..kang xpasal2 kena ragut la plak..yela duk kat bandar2 besar nie..mmg mcm2 jenayah boleh berlaku..tp belum aku angkat punggung lg kawan2 aku nie dh bergaduh dulu..mesti korang pelik pasal apa kn??..percaya tak diorg xmau temankn aku kerana katanya takut duk sorang2 kat gerai 2...MOTIFFFF????...aku yg mendangar naik menyampah..nak menyinga pun ada..yela mengada2 mengalahkn perempuan..last2 aku suruh mereka berdua duduk kat gerai makan 2 diam2....aku gak yg meredah malam 2 ke ATM sorang...adoiiyaaiii...camne nak wat kan kalo dah jantan jd betina ??..huhuhuhuhu...apapun mlm tue mmg aku xsangka rupanye dia begitu..so jgn salahkan aku kalo aku kata lelaki pn ada byk juga perkara yang x logik yang mereka takutkan sama cam PEREMPUAN..hehehehehe...

Sunday, October 17, 2010

NEW BORN..

BERMULA SEBUAH KISAH...

Hari ini aku akan menulis semula..segala impian dan rasa akan bertemu semula di ruangan impian kirana..telah lama aku meninggalkan alam penulisan dan kini aku cuba mengasah semula bakat yang telah lama terpendam..yeahh!!..aku akan kembali menulis semula..hurmmm..apa agaknye coretan pertamaku...???

;;