Tuesday, May 17, 2011

 Perempuan itu Wanita

Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.



Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


RAHSIA SURGA..

TERBACA SEBUAT ENTRY DI BLOG SEORANG SAHABAT..AKU TERTARIK UNTUK BERKONGSI DENGAN KORANG APA YANG AKU BACA..
 

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja selesai kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintasi sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mulanya dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan senyap, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.


 Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,
"Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. 



Hingga akhirnya paderi itu berkata, 
"Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya."

Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,
"Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?"
Paderi itu menjawab,
"Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.
Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.


Paderi berkata,
"Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "
 Si pemuda tersenyum dan berkata,
"Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya,

1.  Sebutkan satu yang tiada duanya,
2.  Dua yang tiada tiganya,
3. Tiga yang tiada empatnya,
4.  Empat yang tiada limanya,
5.  Lima yang tiada enamnya,
6.  Enam yang tiada tujuhnya,
7.  Tujuh yang tiada delapannya,
8. Lapan yang tiada sembilannya,
9.  Sembilan yang tiada sepuluhnya,
10.  Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11. Sebelas yang tiada dua belasnya,
12. Dua belas yang tiada tiga belasnya,
13.Tiga belas yang tiada empat belasnya.

14.  Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15.  Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16.  Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
17.  Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18.  Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
19.  Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20.  Siapakah yang tercipta dari batu, siapa yang diazab dengan batu dan siapa yang terpelihara dari batu?
21.  Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah S.W.T dan dianggap besar!
22.  Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua dibawah sinaran matahari?

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,
1.  Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
2.  Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Surah Al-Isra': 12).
3.  Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
4.  Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur'an.
5.  Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
6.  Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
7.  Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Surah Al-Mulk: 3).
8. Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Surah Al-Haqah: 17).
9.  Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: Taurat, Tongkat, Tangan , Taufan, Musim Kemarau, Katak, Darah, Kutu dan Belalang.*
10.  Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Surah Al-An'am: 160).
11.  Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
12.  Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untukkaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."(Surah Al-Baqarah:60).
13.  Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
14.  Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing."
 (Surah At-Takwir :1 )
15.  Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
16.  Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya,
"Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala."
Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka,
"Tak ada cercaan terhadap kamu semua."
Dan ayah mereka Ya'qub berkata,
 "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbiku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Yusuf:9)
17.  Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Surah Luqman: 19).
18.  Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
19.  Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman,
"Wahai api dinginlah danselamatkan Ibrahim."(Surah Al-Anbiya':69).
20.  Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
21.  Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.
"Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar."
22.  Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
*****************************************************************************

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini dipersetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata,

"Apakah kunci syurga itu?"

Sumber gambar: Disedut dari Mr Google (Kunci yang dimaksudkan bukan berbentuk seperti di atas)
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.


Mereka berkata,
"Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"
Paderi tersebut berkata,
"Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab,
"Kami akan jamin keselamatan anda.
Paderi pun berkata,
"Jawapannya ialah:" 

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam.
Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Sunday, May 15, 2011

KISAH HATI

Percaya dengan apa yang lahir dari hati..hurmm..penah dengar kata-kata...*bila kita sedar semuanya mungkin sudah terlambat..*...kata-kata yg cam biasa didengari tetapi terlalu perit untuk dilalui..aku tak tau sama ada aku sedang melaluinya atau tidak..kerana aku rasa..aku sendiri macam tidak tahu akan apa sebenarnya kehandak hati ini..

Siapa yang tidak ingin dicintai dan dikasihi...mencari orang yang sanggup melalui hari2 bersama kita dan berada dalam susah dan senang kita...mencari orang yang sudi menemani kita hingga ke akhir hayat kita...namun terlalu banyak tetapi yang akan hadir dalam diri dan berkata-kata dalam hati...

Mungkin saja kini aku telah terlewat dalam mencari erti kasih dan sayang...namun aku masih percaya cinta itu kurniaan Allah dan aku masih percaya kata yang terlintas dihati..perlu bersabar kerana janji Allah itu pasti..




Kini rasa itu aku simpan dalam dan jauh di sudut hati..tidak percaya lg untuk berkongsi kerana terlalu takut andai impian hanya tinggal mimpi..biar aku saja yang tahu apa yg bergelora di jiwa..kerana aku tahu tiada sape yang dapat memahami dan mampu menolong..

Andai ada waktu untuk aku..percaya aku pasti menghargai..pengalaman mendewasakan pemikiran dan laku..biarla masa menentukan..biar aku tunggu saat itu kembali..satu hari nnt pasti semua akan tahu apa yang selami nie terbuku dihati..

Monday, May 9, 2011

Lepaskan Semua..

hurmm...cerita hati yang entah mana penghujungnya...aku sedar aku bukan yang terbaik..benar kau ada dihatiku..tapi makin jauh dan jauh kau pergi meninggalkan aku..mungkin benar kita bukan ditakdirkan bersama dan mungkin benar kasih kita bukan utk hari ini..

aku harap kau mengerti rupanya kau hanya diam memerhati..terlalu byk perbezaan antara kita hinggakan aku keliru dalam mencari erti dalam perhubungan..kenapa semua nie harus terjadi...

segala semangat dan rasa bagaikan hilang dijiwa..gugur satu-persatu dibawa angin lalu..tidak ku kejar atau berlari mencari kerana hati ini terlalu lemah utk bertahan..kenapa begitu susah menyemai cinta..adakah kita terlalu ego atau mmg tidak ditakdirkan utk bersama..

seriusnya aku kecewa..cukup semua yang terjadi antara kita..biarkan saja masa menentukan segalanya..hati ini terlalu fobia untuk terus bercinta kerana takut diri merana...biarkan saja aku merawat luka yang tidak disengaja ini..kerana aku lebih memahami rahsia hati..


biarkan aku pergi..jika itu yang kau mahu...

Sunday, May 1, 2011

shopping in sabah??

hi all...
Wahh..br sempat nak update story yg dah basi la..huhuhu..biasa la..disebabkan cuti panjang minggu lalu..jd minggu nie mmg bz dengan keje2 yang tertangguh tue..huhuhu..ok..ready nak story nie..

Seperti yang aku bagitau dulu...aritu aku pergi ke sabah ngan misi membawa diri kononnya..huhuhu..so sepanjang aku berada di kota kinabalu sabah tue aku rasa KK nie kecik jer..setengah hari jer pun boleh abis pusing pekan KK nie..hahahha...wahhh..berlagak kann..kann..so aku nak kongsi apa yang boleh kita shopping kat sabah nie..terutama kat KOTA KINABALU nie la...

Sabah nie sebenarnya terkenal ngan mutiara dia..byk mutiara dijual di sini..sampai aku pn xtau mutiara nie betul ker tak..hihihi..so aku xbrape nak beli la mutiara nie semua sebab aku mmg  xbrape nak pakai mutiara-mutiara nie..huhuhu...selain tue kat sabah nie agak popular ngan batu kristal dia harga kristal2 kat sabah nie mmg lagi murah dr kat kl..mmg rambang mata la kalo tengok..so aku ada la bw blk skit utk kenangan2..so..nie jela yang menariknya kat sabah nie..kepada yang bertudung mayb leh giler ngan pilihan brooch yang menarik lagi murah2 kat sini..tp bg aku..aku byk berabis utk t-shirt jer kot..hahahaha..xpe la..tue je la yang aku dpt kongsi utk shopping disabah nie..



p/s = nie jela yang aku sempat shopping kat sana..huhuhu..nampak jer skit..tapi duit byk abis ooo...hihihi

;;