Monday, December 27, 2010

End of the Year...!!
2010...yeahh..akhirnye tahun nie berlalu dh...hahahaha...sesuatu yang seronok utk dikenang dan dibuang dalam hidup nie...terdapat pelbagai kejadian dan pengalaman yang telah dilalui sepanjang tahun nie..pada aku tahun 2010 terlalu byk perkara yang mengelirukan berlaku..terlalu singkat utk difahami dan dimengertikan..namun aku senang kerana tahun nie aku telah melalui hari2 aku seperti yang aku mahu...

berada di tepi sungai melaka pada jam 3 pagi adalah sesuatu yang indah dan x dapat aku luahkan perasaan dan ketenangannyer...tak dijangka waktu org lain sedang nyenyak tidur aku menikmati suasana damai disitu bersama angin malam yang begitu dingin...segala keresahan hati dan gelora yang menyesakkan dada sewaktu tue telah aku lepaskan disana..kalo boleh aku menjerit mmg terasa benar aku ingin laungkan agar segala yang terbuku dihati dapat dilepaskan namun keheningan malam membataskan aku...tapi xpe segalanye telah aku hanyutkan bersama air sungai yang tenang mengalir tue...

dalam hidup ini aku sedar tidak semua org suka dan dapat menerima kita seadanya..kadang kala manusia terlalu hipokrit hingga kita tidak dapat mengenali mana satu kawan mahupun lawan..bukan semua org mampu bersikap jujur dan tidak semua org juga boleh menerima pandangan dan kritikan org lain..jadi bagaimana hidup ini mesti dilalui?

walaubagaimanapun hidup masih perlu diteruskan sama ada org suke atau tidak..yang pahit tue kadang kala ada lah ubat utk kita menjadi yang terbaik bagi hari esok..pengalaman hari ini menjadikan kita lebih matang utk hari esok dan setiap hari adalah pengalaman dan pembelajaran...


HADAPI DENGAN SENYUMAN...

0 Comments:

Post a Comment