Monday, December 13, 2010

Ia hilang....

satu rasa yang pernah buat aku bahagia..satu saat yang pernah buat aku gembira..satu ketika yang pernah buat aku tersenyum ria dan satu waktu yang pernah buat aku menangis kerana dia...


aku masih rasa genggaman tangannya...masih terasa erat sentuhannya..terasa dia benar-benar menyayangiku...walaupun rasa itu tidak pernah diungkap dengan kata-kata namun kesannya terus menjalar ke dalam hati...mungkin benar cinta kadang-kala tidak perlu diucap cuma dirasai dalam hati...
tapi sayang..ianya telah pergi...sebelum aku puas menikmati saatnya..kini tiada lagi tawa ria, tiada lagi suke bahagia..tiada lagi senyuman bermakna...yang tinggal hanya sepi dan sendiri..kosong tak berpenghuni..sunyi dan dingin...

0 Comments:

Post a Comment