Friday, June 24, 2011

TULANG RUSUK ADAM...??


Hiii...wahh lama dah x dapat update blog...buzy la sgt2..hurmm..cian jer tgk blog aku yang terbiar nie...hihihi..ok la saje update nak kongsi ngan korang pasal citer nie...tentang tulang rusuk...


tahu tak yang hawa diciptakan dari tulang rusuk adam..bukan nak bagi tau pasal nie..tapi nak bagi tau yang hawa diciptakan dari tulang rusuk adam sewaktu tengah tidur..kenapa erkk..diciptakan hawa ketika adam sedang tidur..??.meh aku citer..


ini kerana lelaki akan marah bila dia merasa kesakitan..kepada yg mempunyai pasangan mesti tau akan tabiat semulajadi lelaki nie yang mmg pantang sakit skit..hihiihi..cuba bayangkan andai kata hawa tercipta disaat adam terjaga tentu saja dia mengalami kesakitan kerana keluarnya hawa daripada tulang rusuknya sendiri dan maka itu perasaan benci pasti akan berputik dihati adam terhadap kaum hawa nie dan oleh sebab itu juga maka allah ciptakan hawa sewaktu adam sedang tertidur agar tidak kaum adam nie tidak merasa sakit dan lantas tidak membenci kaum2 kaum sekalian..camne boleh trima tak??..ok kita sambung...




                       terciptanya dari tulang rusuk sebelah kiri yang terlalu dekat dihati....



Sesungguhnya Allah menciptakan hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang mana tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati). Oleh karena itu, tugas hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya juga bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

oleh itu,  wajib bagi adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki maka itu kaum adam janganlah merendahkan perasaan kaum-kaum hawa, dia sememangnya diciptakan seperti itu. 

Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya dan apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya adalah lebih baik diberikan dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. wanita memang sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

begitu la hawa yang hadirnya berbegitu dekat dengan hati adam untuk dilindungi dan disayangi sememangnya wanita sukar difahami namun tidak begitu sukar untuk dimengertikan...

0 Comments:

Post a Comment