Sunday, November 21, 2010

Itulah Sayang...




"tanya sama hati pernahkah merindu..
ingat masa lena apa mimpimu
masa berjauhan apa yang dikenang
bila dipahamkan
 itulah sayang...."



Cinta sejati harus di kedua-dua belah pihak. itulah yang membuatnya begitu sukar diperolehi.

Anda mungkin mempunyai semua hal di dunia, tetapi tanpa cinta anda sebenarnya tiada apa-apa.

Perpisahan tanpa sebab adalah sesuatu yang paling menyakitkan. cinta tanpa sebab adalah sesuatu yang paling indah.

Jika seseorang itu tidak dapat menerima anda dalam keadaan anda yang terburuk maka mereka tidak layak mendapatkan anda dalam keadaan anda yang terbaik.

Saat paling pahit yang terpaksa ditelan adalah apabila kita duduk di sebelah insan yang bererti kepada kita dan mengetahui bahawa kita tidak bererti apa-apa kepadanya.

Kau tidak akan mampu mencintai sesiapa pun di dunia ini andai kau belum mampu menghargai dirimu sendiri.

Pintu tidak akan terbuka tanpa ada orang yang mengetuknya. begitulah pintu hati, kita perlu mengetuk dengan lembut untuk masuk menyentuh hatinya.

Jika aku ditakdirkan jatuh cinta, cintakanlah aku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaku.

"tanya sama hati apa asal sayang
adakah tandanya nampak dipandang
kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
punya tanda-tanda hubungan mesra" 

0 Comments:

Post a Comment