Sunday, May 15, 2011

KISAH HATI

Percaya dengan apa yang lahir dari hati..hurmm..penah dengar kata-kata...*bila kita sedar semuanya mungkin sudah terlambat..*...kata-kata yg cam biasa didengari tetapi terlalu perit untuk dilalui..aku tak tau sama ada aku sedang melaluinya atau tidak..kerana aku rasa..aku sendiri macam tidak tahu akan apa sebenarnya kehandak hati ini..

Siapa yang tidak ingin dicintai dan dikasihi...mencari orang yang sanggup melalui hari2 bersama kita dan berada dalam susah dan senang kita...mencari orang yang sudi menemani kita hingga ke akhir hayat kita...namun terlalu banyak tetapi yang akan hadir dalam diri dan berkata-kata dalam hati...

Mungkin saja kini aku telah terlewat dalam mencari erti kasih dan sayang...namun aku masih percaya cinta itu kurniaan Allah dan aku masih percaya kata yang terlintas dihati..perlu bersabar kerana janji Allah itu pasti..




Kini rasa itu aku simpan dalam dan jauh di sudut hati..tidak percaya lg untuk berkongsi kerana terlalu takut andai impian hanya tinggal mimpi..biar aku saja yang tahu apa yg bergelora di jiwa..kerana aku tahu tiada sape yang dapat memahami dan mampu menolong..

Andai ada waktu untuk aku..percaya aku pasti menghargai..pengalaman mendewasakan pemikiran dan laku..biarla masa menentukan..biar aku tunggu saat itu kembali..satu hari nnt pasti semua akan tahu apa yang selami nie terbuku dihati..

0 Comments:

Post a Comment