Wednesday, January 5, 2011

SENYUMKU....

ketika malam kian gelap
masih terdapat bulan yang menyinari gelap malam
maka aku tersenyum kerananya
ketika hujan begitu lebat membasahi bumi
aku sedar ada pohan yang tunduk mensyukuri
maka aku masih tersenyum kerananya
ketika terik mentari begitu hangat memancar
sang petani begitu riang menuai padi
maka aku terus tersenyum kerananya

aku tersenyum kerananya...maka...

ketika aku diuji..aku masih lagi tersenyum
ketika hati aku dilukai..aku masih lagi tersenyum.
ketika aku dikhianati..aku masih lagi tersenyum
ketika aku dibenci dan dimusuhi..aku masih lagi tersenyum
ketika aku berkecil hati...aku masih lagi tersenyum.
ketika aku menghindarkan diri...aku masih lagi tersenyum.
ketika aku diam menyepi..aku masih lagi tersenyum

dan hanya kerananya aku masih lagi terus tersenyum...

hanya kerananya aku pendamkan sebuah perasaan
hanya kerananya aku tegarkan diri ini
hanya kerananya aku simpan semuanya di hati...


 kerana dengan senyum orang kata kita akan bahagia ... tapi apabila senyum yang lahir bukan datang terus dari hati...mampukah kita terus berdusta...

0 Comments:

Post a Comment