Monday, January 31, 2011

CIKGU AKU...

13 TAHUN..!! lama kan korang..so semalam aku baru la aku berkesempatan melawat salah sorang daripada cikgu SEKOLAH RENDAH aku...yup dia xbrape sihat..dia menghidap kencing manis dan kerana itu dia telah pun menjalankan dialysis serta mengalami kegagalan buah pingang..kedua-dua matanya juga telah buta kerana penyakit kencing manis yang dialaminye...

Walaupun kini beliau kurang upaya namun semangat dia tetap kuat..tiada apa yang berubah..masih sama macam dulu walaupun kurang dr segi kesihatan..cikgu tetap ramah dan mesra macam dulu..bersama dengan beliau tak terasa lamanya 13 tahun terpisah...kedatangan kami pada hari itu mmg disambut mesra oleh cikgu...

Kasihnya seorang guru...kenapa aku berkata begitu..??..siapa sangka dengan keadaan cikgu seumpama itu..cikgu telah bersusah payah untuk memasak sendiri makanan kegemarannya untuk dijamukan kepada anak-anak muridnya yang telah lama tidak ditemui..terkagum aku..malah lebih kepada terharu..besar jasa cikgu kepada kami..kasih sayang cikgu tidak pernah berkurangan walau kita tidak berhubung bertahun lamanya...

Aku masih ingat ketika tahun 1998..ketika itu cikgu panggil aku...wajah dia lebih gembira dari aku..katanya aku telah berjaya menerima hadiah saguhati satu pertandingan HAIKU. cikgu juga yang mengiringi aku untuk ke majlis penyampaian sijil pertandingan itu..huhuhu...time tue cikgu lagi beriya dari aku..tapi tue la sikap cikgu..dia mmg mesra ngan kami semua..penyayang dan kelakar...

Kami semua mendoakan agar cikgu dipulihkan kesihatan dan dipanjangkan umur...insyaallah kami semua akan ingat segala pesan cikgu dan terima kasih kerana pernah mengajar kami..jasa cikgu tidak dapat kami balas sampai bila-bila...TERIMA KASIH CIKGU....



CIKGU SAMSUDIN

0 Comments:

Post a Comment